Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera . Kami
merupakan pelajar dari Politeknik Metro Johor Bahru dari kelas DIB1B telah
diberikan tugasan oleh pensyarah Pengajian Malaysia iaitu Puan Nafissah
bt Johari untuk berkongsi sedikit maklumat yang bertajuk tokoh negara dan kami
telah memilih tokoh pendidikan negara yang dikenali dan disanjungi ramai iaitu
Dato' Seri Aminuddin Baki. Kumpulan kami terdiri daripada tiga ahli iaitu Amira
Nazurah , Nur Syahirah dan Natasya Azlin.
BIODATA AHLI KUMPULAN :
NAMA : AMIRA NAZURAH BT MOHD FUAD
NO MATRIKS:
30DIB16F2027
NAMA : NATASYA AZLIN BINTI SHARIF
NO MATRIKS:
30DIB16F2009
NAMA: NUR SYAHIRAH BINTI RAZAK
NO MATRIK:
30DIB16F2029
Ini merupakan gambar
yang diambil semasa membuat lawatan ke UTHM Batu Pahat.Puan Nafissah (kiri
hadapan sekali)merupakan pensyarah Pengajian Malaysia bagi kelas kami dan dia
merupakan seorang yang sporting
Gambar diatas diambil semasa kami dikehendaki membentangkan blog
tersebut kepada Puan Nafissah untuk semakan semula sebelom hantar kepada beliau.
Dalam masa yang sama kumpulan kami juga telah membincangkan serba
sedikit untuk penambahbaikkan blog kami semasa kumpulan lain membentangkan blog
mereka kepada Puan Nafissah dan daripada situ kami mendapat sedikit idea
pembentangan tersebut..
TOKOH PENDIDIKAN NEGARA :
DATO' SERI AMINUDDIN BAKI
BIODATA TOKOH
NAMA : AMINUDIN BIN BAKI
TARIKH LAHIR : 26 JANUARI 1926
TEMPAT LAHIR :CHEMOR,PERAK
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN :
1932
Sekolah Melayu Chemor
1936 Sekolah Anderson (sekolah inggeris terbaik di
Ipoh)
Sekolah ini
merupakan sekolah Inggeris yang ditubuhkan semasa penjajahan British di Tanah
Melayu. Sekolah Anderson Ipoh, dibuka dengan
rasminya pada 6
Februari 1909.
1941
Tamat sekolah menengah
1945 Menyertai persatuan Pelajar-Pelajar
Melayu
1946 Setiausaha Pelajar -Pelajar Melayu Insaf di
Perak
1947 Kolej raffles
Kolej
Raffles, kini merupakan sebahagian Universiti Nasional Singapura sejak 8 Oktober 1949
1950
Yang Dipertua Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
1952 Berkhidmat di Sekolah Henderson
KERJAYA :
Perkembangan dunia pendidikan di Malaysia dan
pengembangan profesion pendidikan adalah bertitik tolak daripada jasa dan
pengorbanan Dr Aminuddin Baki .Di antara kerjaya beliau termasuklah:
Gambar di
atas menujukkan sekolah Menengah Sultan Yussuf di Batu Gajah dan Dato'
Aminuddin Baki telah berkhidmat di sekolah ini untuk sementara sebelom beliau
meneruskan khidmatnya di Sekolah Anderson pada 1951 hingga Julai 1952.
Gambar diatas menunjukkan keadaan Maktab
Perguruan Sultan Idris pada zaman 1920 an.
1957
UPSI dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College atau SITC)
Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu
era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21
Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi
pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun.
Universiti
Pendidikan Sultan Idris merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diisytiharkan
sebagai sebuah universiti pada 1 Mei1997
SUMBANGAN:
Sepanjang hayat Dato' Seri Aminuddin
Baki, beliau telah banyak memberi sumbangan dan idea yang bernas dalam bidang
pendidikan. Beliau merupakan wakil tunggal yang dipilih untuk menganggotai ke semua
jawatankuasa yang terlibat dalam menggubal,meminda dan menghapuskan
undang-undang berkaitan sistem pendidikan. Antara sumbangan yang telah beliau
lakukan dalam bidang pendidikan ialah:
Rajah di atas menunjukkan sumbangan beliau
dalam bidang pendidikan. Memang terdapat banyak sumbangan dan jasa yang
telah dilakukan oleh beliau. Sumbangan beliau ini masih diingati sehingga kini.
Contoh-contoh sumbangan Dato' Aminuddin Baki dalam bidang pendidikan
Salah satu sumbangan
beliau iaitu melibatkan diri dalam beberapa persatuan
Yang kedua iaitu mengasaskan Gabungan Pelajar Melayu
Semenanjung(GPMS). GPMS sehingga kini masih ditubuhkan lagi oleh setiap negeri.
Ini merupakan GPMS
yang ditubuhkan oleh pelajar dari Institusi UnikL. Gambar ini diambil dari
sumber google untuk rujukan dan contoh bahawa GPMS masih lagi aktif walaupun ia
ditubuhkan berpuluh tahun dahulu.
Maktab Perguruan Sultan
Idris merupakan antara sumbangan Dato' Seri Aminuddin Baki terhadap pendidikan.
Berdasarkan pengalaman dan kelulusan yang diperolehi beliau dari Insitute of
Education,University of London, Dato' Seri Aminuddin Baki telah dinaikkan
pangkat sebagai pensyarah di MPSI. Bermula dari situ lah beliau banyak
menyumbangkan bakti dan kegiatan di MPSI.
Akhir sekali, dalam
usaha untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di dalam
sistem pendidikan, Dato' Seri Aminuddin Baki telah mewujudkan SRP,SPM,STPM dan
Lembaga Peperiksaan.
PENINGGALAN
DATO' SERI AMINUDDIN BAKI
INSTITUSI AMINUDDIN BAKI
LOGO INSTITUT AMINUDDIN BAKI
SEKOLAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI
SMK Aminuddin Baki di
Chemor,Perak ditubuhkan pada 1 Januari 1965. Sekolah ini telah bertapak selama
52 tahun.
SMK Aminuddin Baki yang terletak di Jalan Kampung
Pandan,Kuala Lumpur.
Latar belakang SMK Aminuddin Baki di Kuala Lumpur:
- SMK Aminuddin Baki ditubuhkan sebagai Sekolah
Menengah Melayu,Kuala Lumpur pada tahun 1958
- Pada 24 Mac 1964,Sekolah Menengah Melayu telah
menukar nama kepada SMK Aminuddin Baki sempena nama seorang tokoh
pendidikan dan Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia iaitu Dato' Seri Aminuddin
Baki
SMK
Aminuddin Baki juga telah mendapat pengiktirafan:
2007-
Sekolah Kluster
2010-
Sekolah Berprestasi Tinggi
2015-
Sekolah Kluster Kecemerlangan
SMK Aminuddin Baki merupakan sebuah sekolah kebangsaan awam di
terletak di Jalan Abdul Samad,Kolam Ayer,Johor Bahru. Ditubuhkan pada tahun
1962.
KOLEJ AMINUDDIN
BAKI,UKM
DALAM KENANGAN
Pada hari pertama bulan Ramadhan ,Negara telah kehilangan putera
muda yang amat berjasa dalam negara .Tanggal 24 Disember 1965, Aminuddin Baki
yang berusia 39 tahun telah menghembuskan nafas yang terakhir setelah beliau
diserang sakit jantung selepas menunaikan solat.Jawatan terakhir yang beliau
pegang adalah sebagai Ketua Pengarah Pendidkan Malaysia ..
Sesungguhnya pemergian Allahyarham Dato' Seri Aminuddin Baki merupakan
satu kehilangan besar kepada bangsa Melayu kerana beliau merupakan seorang
tokoh pendidikan yang sentiasa meletakkan kepentingan memperjuangkan
kecemerlangan dan potensi pelajar Melayu melebihi segalanya. Ke mana sahaja
beliau pergi atau berucap,beliau tetap menekankan pandidikan anak-anak
Melayu.Al-Fatihah..
RUMUSAN
Berdasarkan khidmat dan jasa beliau, kita boleh
menganggap bahawa beliau layak bergelar pejuang di arena pendidikan. Jika
hendak dihitung satu persatu segala jasa dan pengorbanan beliau dalam bidang
pendidikan terutamanya pelajaran anak-anak Melayu tentulah sukar sekali untuk
menghitungnya. Begitu besar sekali jasa dan pengorbanan beliau
SEKIAN TERIMA KASIH