lagu sedih

Monday 6 March 2017





Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera . Kami merupakan pelajar dari Politeknik Metro Johor Bahru dari kelas DIB1B telah  diberikan tugasan oleh pensyarah Pengajian Malaysia iaitu Puan Nafissah bt Johari untuk berkongsi sedikit maklumat yang bertajuk tokoh negara dan kami telah memilih tokoh pendidikan negara yang dikenali dan disanjungi ramai iaitu Dato' Seri Aminuddin Baki. Kumpulan kami terdiri daripada tiga ahli iaitu Amira Nazurah , Nur Syahirah dan Natasya Azlin.



BIODATA AHLI KUMPULAN :



NAMA : AMIRA NAZURAH BT MOHD FUAD

NO MATRIKS: 30DIB16F2027



NAMA : NATASYA AZLIN BINTI SHARIF 

NO MATRIKS: 30DIB16F2009



NAMA: NUR SYAHIRAH BINTI RAZAK

NO MATRIK: 30DIB16F2029



 Ini merupakan gambar yang diambil semasa membuat lawatan ke UTHM Batu Pahat.Puan Nafissah (kiri hadapan sekali)merupakan pensyarah Pengajian Malaysia bagi kelas kami dan dia merupakan seorang yang sporting




Gambar diatas diambil semasa kami dikehendaki membentangkan blog tersebut kepada Puan Nafissah untuk semakan semula sebelom hantar kepada beliau.





Dalam masa yang sama kumpulan kami juga telah membincangkan serba sedikit untuk penambahbaikkan blog kami semasa kumpulan lain membentangkan blog mereka kepada Puan Nafissah dan daripada situ kami mendapat sedikit idea pembentangan tersebut..



TOKOH PENDIDIKAN NEGARA :

DATO' SERI AMINUDDIN BAKI




        BIODATA TOKOH

NAMA :  AMINUDIN BIN BAKI

TARIKH LAHIR : 26 JANUARI 1926

TEMPAT LAHIR :CHEMOR,PERAK

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN :

        1932 Sekolah Melayu Chemor
         1936 Sekolah Anderson (sekolah inggeris terbaik di Ipoh)


     
Sekolah ini merupakan sekolah Inggeris yang ditubuhkan semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Sekolah Anderson Ipoh, dibuka dengan rasminya pada 6 Februari 1909.
         1941 Tamat sekolah menengah 
         1945 Menyertai persatuan Pelajar-Pelajar Melayu 
         1946 Setiausaha Pelajar -Pelajar Melayu Insaf di Perak
         1947 Kolej raffles


Kolej Raffles, kini merupakan sebahagian Universiti Nasional Singapura sejak 8 Oktober 1949

         1950 Yang Dipertua Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
         1952 Berkhidmat di Sekolah Henderson


KERJAYA :


 Perkembangan dunia pendidikan di Malaysia dan pengembangan profesion pendidikan adalah bertitik tolak daripada jasa dan pengorbanan Dr Aminuddin Baki .Di antara kerjaya beliau termasuklah:






  Gambar di atas menujukkan sekolah Menengah Sultan Yussuf di Batu Gajah dan Dato' Aminuddin Baki telah berkhidmat di sekolah ini untuk sementara sebelom beliau meneruskan khidmatnya di Sekolah Anderson pada 1951 hingga Julai 1952.


Gambar diatas menunjukkan keadaan Maktab Perguruan Sultan Idris pada zaman 1920 an.




1957
UPSI dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College atau SITC)

Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. 



Image result for upsi



Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan universiti  pendidikan pertama di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1 Mei1997


               SUMBANGAN:

Sepanjang hayat Dato' Seri Aminuddin Baki, beliau telah banyak memberi sumbangan dan idea yang bernas dalam bidang pendidikan. Beliau merupakan wakil tunggal yang dipilih untuk menganggotai ke semua jawatankuasa yang terlibat dalam menggubal,meminda dan menghapuskan undang-undang berkaitan sistem pendidikan. Antara sumbangan yang telah beliau lakukan dalam bidang pendidikan ialah:


Rajah di atas menunjukkan sumbangan beliau dalam bidang pendidikan. Memang terdapat banyak sumbangan dan jasa yang telah dilakukan oleh beliau. Sumbangan beliau ini masih diingati sehingga kini.




Contoh-contoh sumbangan Dato' Aminuddin Baki dalam bidang pendidikan




Salah satu sumbangan beliau iaitu melibatkan diri dalam beberapa persatuan


   
    Yang kedua iaitu mengasaskan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS). GPMS sehingga kini masih ditubuhkan lagi oleh setiap negeri.

           


Ini merupakan GPMS yang ditubuhkan oleh pelajar dari Institusi UnikL. Gambar ini diambil dari sumber google untuk rujukan dan contoh bahawa GPMS masih lagi aktif walaupun ia ditubuhkan berpuluh tahun dahulu. 





Maktab Perguruan Sultan Idris merupakan antara sumbangan Dato' Seri Aminuddin Baki terhadap pendidikan. Berdasarkan pengalaman dan kelulusan yang diperolehi beliau dari Insitute of Education,University of London, Dato' Seri Aminuddin Baki telah dinaikkan pangkat sebagai pensyarah di MPSI. Bermula dari situ lah beliau banyak menyumbangkan bakti dan kegiatan di MPSI.






Akhir sekali, dalam usaha untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di dalam sistem pendidikan, Dato' Seri Aminuddin Baki telah mewujudkan SRP,SPM,STPM dan Lembaga Peperiksaan. 





PENINGGALAN DATO' SERI AMINUDDIN BAKI

            INSTITUSI AMINUDDIN BAKI



LOGO INSTITUT AMINUDDIN BAKI



Terdapat 7 buah Institut Aminuddin Baki. Gambar di atas adalah salah satu sebuah Institut Aminuddin Baki yang terletak di Sri Layang, Genting Highland


SEKOLAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI

Rajah di bawah menunjukkan 3 buah sekolah yang dinamakan sempena nama tokoh pendidikan iaitu Dato' Seri Aminuddin Baki. Ia bertujuan agar memperingati jasa dan pengorbanan beliau dalam bidang pendidikan.


SMK Aminuddin Baki di Chemor,Perak ditubuhkan pada 1 Januari 1965. Sekolah ini telah bertapak selama 52 tahun.


SMK Aminuddin Baki yang terletak di Jalan Kampung Pandan,Kuala Lumpur.

Latar belakang SMK Aminuddin Baki di Kuala Lumpur:
  • SMK Aminuddin Baki ditubuhkan sebagai Sekolah Menengah Melayu,Kuala Lumpur pada tahun 1958
  • Pada 24 Mac 1964,Sekolah Menengah Melayu telah menukar nama kepada SMK Aminuddin Baki sempena nama seorang tokoh pendidikan dan Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia iaitu Dato' Seri Aminuddin Baki 
SMK Aminuddin Baki juga telah mendapat pengiktirafan:
2007- Sekolah Kluster
2010- Sekolah Berprestasi Tinggi
2015- Sekolah Kluster Kecemerlangan



SMK Aminuddin Baki merupakan sebuah sekolah kebangsaan awam di terletak di Jalan Abdul Samad,Kolam Ayer,Johor Bahru. Ditubuhkan pada tahun 1962. 

KOLEJ AMINUDDIN BAKI,UKM



Universiti kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi,Selangor.







 DALAM KENANGAN 



  Pada hari pertama bulan Ramadhan ,Negara telah kehilangan putera muda yang amat berjasa dalam negara .Tanggal 24 Disember 1965, Aminuddin Baki yang berusia 39 tahun telah menghembuskan nafas yang terakhir setelah beliau diserang sakit jantung selepas menunaikan solat.Jawatan terakhir yang beliau pegang adalah sebagai Ketua Pengarah Pendidkan Malaysia ..

   Sesungguhnya pemergian Allahyarham Dato' Seri Aminuddin Baki merupakan satu kehilangan besar kepada bangsa Melayu kerana beliau merupakan seorang tokoh pendidikan yang sentiasa meletakkan kepentingan memperjuangkan kecemerlangan dan potensi pelajar Melayu melebihi segalanya. Ke mana sahaja beliau pergi atau berucap,beliau tetap menekankan pandidikan anak-anak Melayu.Al-Fatihah..

RUMUSAN
Berdasarkan khidmat dan jasa beliau, kita boleh menganggap bahawa beliau layak bergelar pejuang di arena pendidikan. Jika hendak dihitung satu persatu segala jasa dan pengorbanan beliau dalam bidang pendidikan terutamanya pelajaran anak-anak Melayu tentulah sukar sekali untuk menghitungnya. Begitu besar sekali jasa dan pengorbanan beliau









  SEKIAN TERIMA KASIH


























5 comments:

  1. banyak saya dapat maklumat dari sini,terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, saya Qurratul Aini student form 6. Boleh saya bertanya, bagaimana saya nak dapatkan maklumat keluarga Aminuddin Baki. Saya sedang mengkaji tentang beliau juga. Jadi, saya perlukan sumber primer, iaitu maklumat keluarga beliau. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete